Wednesday 18 March 2015

IMBAUAN KENANGAN... EX-SKDML 1987-1992



ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

14 Mac 2015 merupakan tarikh keramat buat sebahagian bekas pelajar SKDML bagi tahun 1987-1992. Setelah 23 tahun terpisah dari arena zaman persekolahan, zaman kanak-kanak... akhirnya kita bertamu di sini.... di majlis yang dirancang tidak sampai 3 bulan.... bukan angan-angan... namun ianya sesuatu yang telah berjaya di laksanakan. 

Bertempat di Wasalfa Resthouse, Sungai Sembilang... segala program yang dirancang telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun hanya sebilangan yang terlibat, namun majlis ini merupakan majlis yang meriah dan semua kelihatan berpuas hati. Pertemuan selama selama 6 jam bermula jam 10.00 pagi hinggalah jam 4.00 petang nampaknya dapat menyatukan 35 orang bekas pelajar dan seorang bekas guru SKDML. Satu-satunya bekas guru yang dapat hadir ialah Cikgu Zahar Azlan bin Arifin. Sekalung penghargaan buat beliau kerana sudi memenuhi jemputan kami dan seterusnya memeriahkan dan merasmikan majlis yang julung kali diadakan.


Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan urusetia yang setia sedari mula merancang dan melaksanakan majlis ini sekaligus menghavockan program ini. Semuanya tidak kering gusi dan senyuman sentiasa terukir di bibir semua yang hadir ketika itu.

Semoga majlis seumpama ini akan sentiasa diteruskan... agar ukhuwwah dan persahabatan kita tetap berterusan. Jangan jemu untuk join program ex-SKDML 1987-1992... pelbagai lagi aktiviti menarik bakal dirancang dan dilaksanakan.... Salam sayang buat semua....

7 comments:

  1. Perghhh...terbaikkkkk....ihhhuuuu...

    ReplyDelete
  2. Tq semua... semoga blog ni x berkubur begitu shj. Smg diberi kekuatan utk menghapdet.... tidakle sunyi blog ni...

    ReplyDelete
  3. Tq semua... semoga blog ni x berkubur begitu shj. Smg diberi kekuatan utk menghapdet.... tidakle sunyi blog ni...

    ReplyDelete