Sunday 22 March 2015

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum....
Salam bertemu kembali semua...

Sebagaimana yg kita maklum, suami kepada sahabat kita Hanisah binti Arifin telah mengalami kemalangan 2 bulan yg lalu.

Atas dasar kemanusiaan sesama insan, SUPERFRENZ SKDML 87-92 dgn kerjasama SUPERFRENZ SAMJEY 93-97 telah membuat kutipan kebajikan bagi meringankan beban beliau. Lawatan ke rumah beliau telah diadakan pada 22 Mac 2015 jam 5 ptg. Lawatan telah diketuai oleh sdra Jamali b Said dan diiringi oleh Sdra Maizihan, Pn Zakiah dan juga saya sebagai mewakili shbt2 SUPERFRENZ. 

Di fahamkan suami Hanisah mengalami kecederaan yang agak serius sehingga terpaksa memasukkan besi di bahagian pinggul. Buat masa ini kaki sebelah kirinya tidak dapat digerakkan kerana ianya melibatkan saraf.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Di harap sumbangan kecil yang diberikan dapat meringankan beban beliau. Terima kasih diucapkan shbt2 SUPERFRENZ yg telah menghulurkan bantuan dan sumbangan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua. Dan bersama2lah kita mendoakan kesihatan suami Hanisah.






Sama-samalah kita mendoakan kesembuham dan kesihatan beliau. 
Sekian... hingga bertemu lagi....

Salam sayang...

4 comments:

  1. hulurkan tangan ringankan beban...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Semoga suami Hanisah cpt sembuh...
    Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah swt..

    ReplyDelete
  4. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Semoga usaha murni ini dpt meringankan beban puan anisah dan keluarga..

    ReplyDelete